Hampir setiap hari mesti kita jumpa posting pasal motor hilang. Jadi, kita sebagai owner kenalah ambil langkah tambahan dalam mengunci motorsikal kesayangan.
Dah lah tu je motor cari makan, motor runner, motor pergi dating, motor ride weekend, takkan senang-senang je nak “bagi” kat orang kan?
So, posting kali ni kami nak berkongsi dengan korang semua tips mengunci motorsikal atau sekurang-kurangnya dapat lengahkan masa pencuri yang nak buat “job” dekat motor kita.
# KUNCI HANDLE
Hampir semua jenis motor ada kunci handle.
Gunakan kunci handle motor korang tu sekerap yang boleh walaupun cuma tinggal motor sekejap sebab pencuri ni datang tak bagi salam.
# KUNCI DISC
Yang ni paling ramai pakai sampai kedai motor pun ada bagi freegift kalau beli motor baru.
Tapi jangan lupa buka sebelum nak ride, banyak dah kes pecah mudguard sebab lupa buka disc lock ni.
# KUNCI FORK
Dah rare orang yang nak pakai kunci jenis ni tapi masih lagi praktikal untuk motor kegunaan harian, harga pun tak mahal sangat.
# CDI
Nama panjangnya Capacitor Discharge Ignition biasa ada dekat motor jenis karburetor.
Selain menambah performance, ada juga cdi aftermarket dengan fungsi anti kecurian yang boleh membuatkan pencuri ni garu kepala kenapa motor tak boleh nak hidup.
# KUNCI SPROCKET
Yang ni pun biasa kita buat sebab senang tinggal beli lock yang berkualiti lepastu sangkut je celah sprocket tu.
Cuma tangan jadi kotor sikit sebab kena minyak rantai lagi-lagi motor yang buat daily.
Ada banyak lagi cara sebenarnya dan tips atas ni hanya sebahagian sahaja. Selebihnya kita serahkan tawakkal kepada Tuhan kerana segala yang berlaku atas izin dan kehendak-Nya.
Jumpa lagi pada posting akan datang!